Satu SEBAB mengapa anda mesti diuji




(i do not own the pict )


Gerimis demi gerimis yang jatuh ke bahu sepanjang kita berjalan di jalan raya kehidupan ini adalah satu titik tolak untuk kita menjadi lebih baik. Akan tetapi, kita sebagai manusia perlu bijak untuk memenangi dan berlumba dengan ujian. Sama ada kita kalah dalam perlumbaan sengit ini atau kita menang dan menerima satu lagi sijil universiti kehidupan. Sedar atau tidak, dalam kebanyakan masa, kita banyak belajar dari perkara atau peristiwa pahit yang berlaku di sepanjang kehidupan.

Kerana apa? Kerana manusia lazimnya berfikir untuk berubah apabila merasakan dirinya sudah ditimpa kesusahan dan kesempitan. Dengan cara inilah manusia dapat belajar sesuatu tentang kehidupan. Tanpa musibah, hampir sahaja kita melakukan perkara yang sama setiap hari tanpa memikirkan apa dan kenapa perkara itu kita lakukan.

Ayuh kita lihat beberapa situasi,

  • Bilakah masanya kebanyakan dari kita mula mengamalkan diet dan melakukan senaman? Ya, tentu sekali apabila merasakan berat badan semakin meningkat. Juga apabila doktor mula berpesan ”Kalau kamu masih lagi tidak mengubah corak kehidupan yang  gemar makan apa sahaja, maka tunggu sahaja saatnya kamu akan jatuh sakit.”  Lalu, kita mulakan perubahan.


  • Didalam persahabatan, kita hanya mula menyedari keberadaan sahabat kita apabila dia sudah bosan dengan sikap dan keburukan kita yang tidak pernah diubah. Di masa itu, kita mula bekerja keras untuk mengambil hatinya kembali kerana merasa kehilangan.


  • Setelah kehilangan ramai pelanggan yang berharga, barulah seorang CEO sebuah syarikat belajar ilmu-ilmu berkenaan bagaimana untuk memberi servis terbaik untuk para pelanggannya.


  • Seorang anak yang tidak baik kepada ibu bapanya hanya akan mula berasa menyesal yang teramat apabila melihat jenazah kaku si ibu di pembaringan. Pada saat itulah, penyesalam mula timbul. Lalu mula bergerak ke arah perubahan.

  • Bilakah pula masanya kita mula berdoa dan kembali kepada Allah? Setelah kita mula merasakan diri kita berada di dalam kesempitan musibah. ’Wahai Allah, berilah kemudahan kepada kesusahanku dan ampuni dosaku kerana melupakanmu.” Itulah doa kita!

Begitu sifat asal manusia, kesempitan, kerugian dan kesusahan mampu merubah diri kepada yang lebih baik dan positif. Dan kerana itulah kita perlukan ujian. 


Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.