Allah terimakah taubat saya, akak?





Memerah gelanggangan pemikiran sempit saat ini, agak menguji kecekalan otak. Satu demi satu album kenangan terselak didepan mata hati. Saat peristiwa demi peristiwa  berlaku, aku  mungkin insan yang menjadi pemerhati. Oh ya, kadang-kala pendengar setia. Penasihat setia juga cuba aku usahakan, walau seringkali gagal. Menyentuh hati manusia itu amat susah tahu?

Album hati itu aku selak sehelai demi sehelai. Lagak sebuah buku yang diletak dihadapan kipas yang berputar laju. Helaian ikut berterabur. Cepat. Membungkam si pelihat. Mata hatiku tertancap pada satu nama. Satu wajah. Tinggi lampai. Lelaki. Kurus. Berwibawa dari sudut mataku. Kata-katanya indah. Penuh muhasabah.Senyumnya menghiasi hari-hari tertekanku  menjalankan tugas. Cuma satu, belum lagi dia temui maksud kehidupan nan satu. Hidup untuk DIA diatas sana. Aku doakan.

Dimeja itu aku sendirian. Menyelak helaian tugasan. Banyak. Tidak sedar kehadirannya.

Doaku menjadi kenyataan. Allah terima. Alhamdulillah.

“ Akak, saya dah couple dengan puluhan wanita. Saya teruk. Bolehkah saya bertaubat? “

Aku kaget. Terpana dengan suara hidayah yang berbisik kencang. Hidayah! Ya, Allah sudah sampaikan hidayah itu. Alhamdulillah.

Allah tahu siapa kau disisinya. Lupakan sahaja memori pahitmu adikku. Buangkan ia ke lautan membiru. Dosa itu akan menjadi pasir di didasar paling gelap. Tapi TAUBAT  syaratnya.

Dia bukan insan pertama. Juga bukan kedua mahupun ketiga. Aku alaminya dengan ramai manusia. Aku kagum. Kadangkala diriku rasa rendah sendiri. Apa yang cuba dibisik Allah ke kotak imanku.

Selang beberapa hari. Setelah ombak-ombak hidayah kembali reda. Hatinya juga semakin tenang. Dia kembali mencari kekuatan.

“Akak, wujudkan wanita solehah di dunia ini? Mampukah saya mendapatkannya? “

Adikku, impian itu bukan milikmu sahaja. Ia menjadi igauan setiap lelaki diluar sana. Tapi apakan daya adikku, wanita impian itu hanya mampu dimiliki dengan bermaharkan iman yang ampuh. Jadilah kau lelaki bermahar iman, berhantaran amal. Kau akan milikinya. Ia rahsia Allah. Akak doakan yang terbaik.

Aku  hantarkan dia beberapa buah buku. Buat membina kekuatan. Berubah perlukan teman. Perlukan kawan. Butuhkan ilmu juga. Dan aku cuba sediakan apa yang termampu. Aku berikan 4 buah buku.  Mengapa aku menganut Islam’ juga tidak terkecuali. Besar harapanku agar dia menghadam mutiara indah di dalamnya. Selang seminggu, semua itu dikembalikan. Aku terkejut. Tersenyum nipis.

‘Sudah siap baca kesemuanya?’


‘Sudah. Terima kasih kak. Hanya Allah yang mampu menyediakan syurga buat akak.’

Beberapa minggu/ bulan aku terima khabaran darinya. Akak saya sudah bertunang. Khabaran itu indah menyapa hatiku. Aku yakin, Allah sedang menghulurkan tali pertolongannya.

Tahniah adikku. Kau berjaya mendapat yang diimpikan. Wanita solehah dari pandangan mataku. Hari ini dia menikah. Tersenyum aku. Kenangan ini takkan ku lupakan. Kerana dari dia aku belajar apa itu hidayah. Apa itu kehidupan. Kau datang dan pergi. Semoga kau bahagia. Barakallahulakuma..

Percayalah, disaat kau memerlukan kekuatan untuk mencari apa itu agama, Allah pasti membantumu dengan menghantar orang untuk menguatkan langkahmu. Walau disaat itu engkau merasakan engkau sedang bersendiri meniti hari.

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Allah terimakah taubat saya, akak?

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.