Kenangan: Biar jauh kaki kita melangkah..



Kabus pagi saat itu mengaburkan pandangan mata. Tasik kecil di tepian diserikan dengan pagar yang diperbuat daripada kayu Tidaklah indah di pandangan mata, tapi cantik dipicisan memori silam. Di jambatan seberang tasik sanalah dahulu diadakan usrah pertama buat kami. Ya, yang pertama. Saat ini, dedaunan masih basah disapa empun  pagi, tampak hijau dan mempesonakan. Seakan ada sinar-sinar kecil di permukaannya.  Cantik. 


Masa seakan terhenti mengiringi  hari terakhir  kami bersama. Sedih dan ceria bercampur baur.  Selepas hari ini, maka berpisahlah kami meninggalkan segala memori indah di Kuala Lipis.  Yang tinggal hanya mungkin saat senyuman, gelak tawa dan tangisan yang disimpan kemas kedalam kotak hati. Bila teringat dan  merindu, hanya kotak itu yang mampu dibuka. Bukan lagi realiti 5 tahun 5 bulan yang diharungi bersama. Sedih terpendam di sudut hati paling dalam. Seakan dicabut sebuah ikatan gelang kaca, lalu bertaburanlah kaca-kaca cantik itu ke serata tempat. Warnanya masih sama, bentuknya masih juga sama. Yang tidak sama ialah tempat dan kondisinya...

 1) 10 person, sharing life together for almost 5 years 5 month

 2) Everyone :) exclude hafiz dan azhar

 3) We plan together , end our  life in Kuala Lipis by playing Tuju Selipar :)

 4) Devided into 2 group 
 5) smiles of the winner :)) Khalilah, Solehah, Ain, Aisyah n Zakiah 

 6) 2nd Group, Kimah, Fatin, Nadia, Suzi n hidayah

 7) exclude fatin as a photog

 8) So soon..

 8) Persons who always made our day

 9) Our sunshine in a stormy day :)

 10) Muzium. So called 'rumah Dato' Najib lahir' (Dato' Najib were born upstair )

 11) I-PAI Dinner nite before graduate


 13) Kimah n hidayah

 14) I-PAI dinner night ( For the last time :'(

 15) At Pahang Club. So called malam mengimbau kenangan :'(

16) Coconut shake Pahang Club. craving

Walau berpisah jasad, walau sudah tidak tidur bersama, makan bersama, main bersama, study last minute bersama..hati kita tetap bersama.. :)

2 Comments

Satu SEBAB mengapa anda mesti diuji




(i do not own the pict )


Gerimis demi gerimis yang jatuh ke bahu sepanjang kita berjalan di jalan raya kehidupan ini adalah satu titik tolak untuk kita menjadi lebih baik. Akan tetapi, kita sebagai manusia perlu bijak untuk memenangi dan berlumba dengan ujian. Sama ada kita kalah dalam perlumbaan sengit ini atau kita menang dan menerima satu lagi sijil universiti kehidupan. Sedar atau tidak, dalam kebanyakan masa, kita banyak belajar dari perkara atau peristiwa pahit yang berlaku di sepanjang kehidupan.

Kerana apa? Kerana manusia lazimnya berfikir untuk berubah apabila merasakan dirinya sudah ditimpa kesusahan dan kesempitan. Dengan cara inilah manusia dapat belajar sesuatu tentang kehidupan. Tanpa musibah, hampir sahaja kita melakukan perkara yang sama setiap hari tanpa memikirkan apa dan kenapa perkara itu kita lakukan.

Ayuh kita lihat beberapa situasi,

  • Bilakah masanya kebanyakan dari kita mula mengamalkan diet dan melakukan senaman? Ya, tentu sekali apabila merasakan berat badan semakin meningkat. Juga apabila doktor mula berpesan ”Kalau kamu masih lagi tidak mengubah corak kehidupan yang  gemar makan apa sahaja, maka tunggu sahaja saatnya kamu akan jatuh sakit.”  Lalu, kita mulakan perubahan.


  • Didalam persahabatan, kita hanya mula menyedari keberadaan sahabat kita apabila dia sudah bosan dengan sikap dan keburukan kita yang tidak pernah diubah. Di masa itu, kita mula bekerja keras untuk mengambil hatinya kembali kerana merasa kehilangan.


  • Setelah kehilangan ramai pelanggan yang berharga, barulah seorang CEO sebuah syarikat belajar ilmu-ilmu berkenaan bagaimana untuk memberi servis terbaik untuk para pelanggannya.


  • Seorang anak yang tidak baik kepada ibu bapanya hanya akan mula berasa menyesal yang teramat apabila melihat jenazah kaku si ibu di pembaringan. Pada saat itulah, penyesalam mula timbul. Lalu mula bergerak ke arah perubahan.

  • Bilakah pula masanya kita mula berdoa dan kembali kepada Allah? Setelah kita mula merasakan diri kita berada di dalam kesempitan musibah. ’Wahai Allah, berilah kemudahan kepada kesusahanku dan ampuni dosaku kerana melupakanmu.” Itulah doa kita!

Begitu sifat asal manusia, kesempitan, kerugian dan kesusahan mampu merubah diri kepada yang lebih baik dan positif. Dan kerana itulah kita perlukan ujian. 


Leave a comment

Cinta unik sang Pencipta




Cinta unik sang Pencipta
Cinta Allah ialah cinta unik. Untuk memapar kasih sayang, maka  diberinya kesakitan. Untuk menunjuk kebencian, diberinya kesenangan. Masih memberi walau disakiti setiap hari.


            Delisa, Umam dan sahabat-sahabatnya  yang lain sedang leka bermain bola. Delisa, kakinya sudah tiada. Dipotong akibat luka, kesan dari Tsunami yang melanda. Kesedihan menyelubungi setiap jiwa di bumi Acheh dan segenap pelusuk dunia.  Kelihatan seorang lelaki berlari-lari pantas ke arah mereka.

”Umam! Ibumu sudah dijumpai! ” Delisa saat itu menyangkakan berita itu buat dirinya.

”Abi..abi! umi sudah dijumpai. Abi!” Girang sungguh hatinya.

”Err..maaf nak Delisa, bukan ibumu tapi ibu Umam.”  Kata bapa Umam dengan serba salah

Saat itu Delisa air mata keluar dari tubir mata anak kecil itu. Jiwanya bagai diragut. Kanak-kanak yang dilihat kuat jiwa dan semangatnya itu akhirnya menangis teresak-esak. Jiwanya membentak. Sakit benar nampaknya.

”Mengapa umi Umam dijumpai dan bukan umi Delisa! Umam itu budak nakal berbanding Delisa. Semua orang sudah pergi dari hidup Delisa. Umi, kakak-kakak, mak cik Sophi, pak cik Smith juga. Allah tidak adil pada Delisa!” Jeritnya.

Luka dihatinya bagai tidak tertanggung. Ditolak ayahnya yang cuba memujuk. Delisa berlalu pergi dengan air mata masih mengalir terus. Deras bagai anak sungai yang tidak pernah lelah mengalir ke laut.


Cinta unik sang pencipta

Ujian, seringkali ia datang dengan berbayarkan linangan air mata. Hati bagai parah untuk menerima. Fizikal bagai kebas mahu menghadamnya. Walau bagaimanapun, Ujian adalah sahabat akrab setiap manusia. Hampir tiada manusia di bumi yang tidak pernah mengalami cubaan demi cubaan. Ada  yang jatuh tidak bangkit-bangkit apabila diuji dengan berat. Ada juga yang menjadi lebih bersemangat setelah menerima ujian. Bangkit melawan kegagalan dan akhirnya berjaya mengatasi kesedihan dan kemurungan.

Dengan berputarnya roda kehidupan, hari ini kita boleh mengimbas kembali filem-filem gambar sewaktu kecil dan melihat sendiri bagaimana ibu bapa melayan kita pada waktu itu. Ketika kita berseronok dengan rakan-rakan bermain di sungai yang deras airnya di kampung, ibu kita pasti datang dengan muka yang marah. Tidak cukup dengan itu, kemuncak kemarahannya mungkin kita menjadi bahana rotannya.

”Bukankah  ibu sudah berpesan, jangan bermain di longkang tersebut. Bahaya!” Marah ibu.

Pada saat itu, kita mungkin tidak memahami mengapa kita dimarahi, dirotan sedemikian rupa. Tetapi apabila meningkat dewasa, barulah kita faham bahawa ibu memarahi kerana sayang. Bukan kerana benci di dalam hati. Ada masa kasih sayang itu tidak ditunjuk dengan kata-kata manis, tetapi dengan kemarahan dan bahasa yang tidak enak di dengar

Begitu jugalah dengan kasih sayang Allah. Setiap kali Allah ingin menyedarkan hambanya dari kelalaian, maka diberikan ujian. Bukan sebagai satu hukuman, tetapi sebagai surat kasih sayang yang bersampulkan iman. Khas untuk hambanya. Dengan itu, kaki yang tersadung, akan kembali ke jalan yang betul.

Itulah cinta Allah, ia bukan sahaja unik, bahkan ada satu hadiah hebat yang sedang menunggu bagi yang melepasi halangan ini. Apakah hadiah itu? Hadiah tersebut ialah satu tempat maha hebat dambaan umat iaitu syurga. Sepertimana yang dinyatakan Allah di dalam surah al Baqarah ayat 214 , Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu?”

Ini bermakna, setelah ’surat cinta’ Allah sudah berjaya dilepasi satu demi satu dengan penuh kesabaran dan keteguhan hati, dengan izin Allah, syuga dambaan umat itu bakal dimiliki. Sebagai hadiah kecekalan hati dan bersangka baik dengan Allah.

Cinta unik ini diteruskan lagi dengan hadis laporan Bukhari dan Muslim ini,  Dari Abi Sa’id Al-Khudri dan Abu Hurairah, nabi Muhammad telah berkata, ” Tiada seorang Muslim pun yang mengalami penderitaan, kesiksaan, kebimbangan, dukacita, kemelaratan atau kesedihan, walaupun hanya terkena satu tusukan duri, melainkan dihapuskan olah Allah (kerana kesusahan tersebut) sebahagian daripada kesalahannya.

Maha suci Allah, sungguh unik cinta jenis ini. Sudahlah berada dalam kesakitan dan ujian yang mencabar, tetapi masih lagi mendapat keampunan dari dosa-dosa yang membelenggu diri.





Leave a comment

Projek House of Quran : Jom Sertai ! (closed)


Dengan berdetaknya jantung ini, aku bersyukur
Dengan berselisihnya jiwa ini, aku bersyukur
Dengan berkelipnya mata indah ini, aku bersyukur

Dengan kurniaan islam ini, aku bersyukur
Dan dengan bernafasnya iman ini, aku bersyukur
Tanpa syukur, kau bukan siapa-siapa di mata Tuhan!



PROJEK HOUSE OF QURAN


PENGENALAN

Projek ini adalah projek menghafaz al Quran. Ianya dikelolakan secara teamwork untuk mereka  yang berminat untuk menghafaz al Quran. Sepertimana yang diketahui umum, al Quran adalah penyelamat jiwa dan jasad kita di dalam kubur kelak. Oleh itu berbekallah selagi termampu untuk mendalami al Quran sebelum masa yang diberi ditarik semula oleh Allah.


Projek ini hanya mensasarkan 10 orang peserta untuk menghafaz juzuk 30 sahaja. Ini ialah sebagai permulaan untuk memulakan langkah sebagai insan yang menjadikan al Quran sebagai best friend forever (bff) kita.


SASARAN PESERTA

10 orang sahaja

SASARAH SURAH : An-nas – an naba’ sahaja (sikit je :) )


SYARAT PENYERTAAN

  1. Bukan dari kalangan unit Pendidikan Islam / ada basic agama yang kuat
  2. Merupakan warga IPGKTAA
  3. Ikhlas untuk menghafal al Quran & yakin mampu untuk berbuat demikian
  4. Mampu memberi komitmen yang padu untuk menghadiri kelas  seperti dalam jadual
  5. Pandai membaca al Quran (projek HOQ membaca al Quran akan menyusul insyaallah )
  6. Digalakkan juga buat mereka yang mahu berubah kearah kebaikan 



KELEBIHAN
  1. Mempunyai perunding motivasi untuk meningkatkan hafalan (HOQ Team)
  2. Mempunyai rakan-rakan seperjuangan untuk meraih ‘peneman dialam kubur’
  3. Hanya mensasarkan juzuk 30 (dibimbing sepenuhnya)
  4. Jadual yang tidak padat dan bebas untuk menentukan corak hafalan masing-masing





Sincerely : House of Quran team :)

*latest news : PENYERTAAN SUDAH DITUTUP..

4 Comments

Kiyai, seperti apa Islam itu?








Gerimis di kaki langit makin kuat menuruni denai-denai kota. Membawa bahang panas pergi lalu diganti dengan kesejukan. Tenang. Damai. Cantik juga. Umapama mutiara yang bertaburan dengan hebat. Bersinar. Daun hijau sesekali terusik dek kerana tujahan demi tujahan dari sang gerimis.

Dicelah-celah gerimis petang itu, aku nampak kelibat-kelibat manusia. Entah kemana mereka. Sibuk sekali gayanya.  Ada yang kesini dan kesana. Terdetik hatiku, sudah solatkah mereka? Satu-satunya perintah agung yang di berikan kepada nabi Muhammad pada malam Isra’ Mikraj itu sudah dilangsaikan atau belum. Tiada jawapan di hatiku. Sepi.

"Tok Kiai, emangnya seperti apa agama Islam itu? "

Kiyai Haji Ahmad Dahlan tersenyum. Diambilnya biola. Dimainkan. Sayu. Tenang. Sepi jadinya suasana.

Gemersik biola dibiarkan beralun indah. Matanya dipejam. Lagak seorang yang sedang tenggelam dalam zikir Illahi.

Terpana si penanya. Terus juga orang disekeliling. Lain yang diaju, lain pula yang dipulang. Pelik. Akhirnya mereka kalah. Alunan indah itu diuliti oleh semua. Ya, semua. Tiada yang terkecuali.

Selang beberapa detik, Haji Ahmad Dahlan akhirnya berhenti dari mengalun. Biola diletak di lantai. Tersenyum lembut. Dipandangnya anak-anak didik di hadapan.

"Nah, apa yang kau rasakan saat lagu itu kumainkan? "

Anak muda itu terpana. Mulutnya bergetar. Lalu menjawab,

"Aku... tenang pak kiai."

Haji Ahmad Dahlan mengangguk. Mengiyakan. Lalu menyusun kata-kata indah ini,

" Anak muda, seperti itulah islam. Islam ialah sebuah ketenangan.  kau akan berasa tenang saat berdampingan dengannya. Di getir ujian pun dirimu, kau tetap dalam ketenangan. "


Babak ini aku ambil dari filem Sang Pencerah. Ia kisah hebat. Kenapa hebat? Kerana sosok sandarannya juga dari kisah orang hebat, iaitu Kiyai Haji Ahmad Dahlan. Pengasas Muhammadiah di Indonesia. Di filemkan dari novel Sang Pencerah tulisan Akmal Nasery Basral. Novel sejarah ini mendapat pujian demi pujian dari pembaca. Sehingga akhirnya difilemkan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit.



“Novel ini sangat mendidik”, demikian tutur Dr. Abdul Mu’ti, sekretaris Majelis Dikdasmen PP Muhammadiyah dalam acara bedah buku sabtu (03/07/2010) di Kafe Jendelo Toko Buku Toga Mas Jl. Gejayan Yogyakarta. 





Orang-orang sibuk di celah-celah gerimis itu aku tinggalkan. Mutiara yang berjatuhan itu juga semakin lebat. Bingit bunyinya menenangkan suasana. Dan jika boleh aku terjemah apa itu Islam di sudut pandanganku, akan aku katakan. 

" Ya sayang, Islam itu tenang seperti sesudah hujan. Langit mendung berarak pergi lalu membawa awan cerah. Suasana panas bertukar menjadi sejuk. Di hujung kaki langit sana, ada si cantik yang menanti perhatian. Itulah sang pelangi! Subhanallah, "


Aku berbesar hati jika kalian sudi ke sini untuk keterangan lanjut. dan kesini untuk mendownload ceritanya. 


Leave a comment

Allah terimakah taubat saya, akak?





Memerah gelanggangan pemikiran sempit saat ini, agak menguji kecekalan otak. Satu demi satu album kenangan terselak didepan mata hati. Saat peristiwa demi peristiwa  berlaku, aku  mungkin insan yang menjadi pemerhati. Oh ya, kadang-kala pendengar setia. Penasihat setia juga cuba aku usahakan, walau seringkali gagal. Menyentuh hati manusia itu amat susah tahu?

Album hati itu aku selak sehelai demi sehelai. Lagak sebuah buku yang diletak dihadapan kipas yang berputar laju. Helaian ikut berterabur. Cepat. Membungkam si pelihat. Mata hatiku tertancap pada satu nama. Satu wajah. Tinggi lampai. Lelaki. Kurus. Berwibawa dari sudut mataku. Kata-katanya indah. Penuh muhasabah.Senyumnya menghiasi hari-hari tertekanku  menjalankan tugas. Cuma satu, belum lagi dia temui maksud kehidupan nan satu. Hidup untuk DIA diatas sana. Aku doakan.

Dimeja itu aku sendirian. Menyelak helaian tugasan. Banyak. Tidak sedar kehadirannya.

Doaku menjadi kenyataan. Allah terima. Alhamdulillah.

“ Akak, saya dah couple dengan puluhan wanita. Saya teruk. Bolehkah saya bertaubat? “

Aku kaget. Terpana dengan suara hidayah yang berbisik kencang. Hidayah! Ya, Allah sudah sampaikan hidayah itu. Alhamdulillah.

Allah tahu siapa kau disisinya. Lupakan sahaja memori pahitmu adikku. Buangkan ia ke lautan membiru. Dosa itu akan menjadi pasir di didasar paling gelap. Tapi TAUBAT  syaratnya.

Dia bukan insan pertama. Juga bukan kedua mahupun ketiga. Aku alaminya dengan ramai manusia. Aku kagum. Kadangkala diriku rasa rendah sendiri. Apa yang cuba dibisik Allah ke kotak imanku.

Selang beberapa hari. Setelah ombak-ombak hidayah kembali reda. Hatinya juga semakin tenang. Dia kembali mencari kekuatan.

“Akak, wujudkan wanita solehah di dunia ini? Mampukah saya mendapatkannya? “

Adikku, impian itu bukan milikmu sahaja. Ia menjadi igauan setiap lelaki diluar sana. Tapi apakan daya adikku, wanita impian itu hanya mampu dimiliki dengan bermaharkan iman yang ampuh. Jadilah kau lelaki bermahar iman, berhantaran amal. Kau akan milikinya. Ia rahsia Allah. Akak doakan yang terbaik.

Aku  hantarkan dia beberapa buah buku. Buat membina kekuatan. Berubah perlukan teman. Perlukan kawan. Butuhkan ilmu juga. Dan aku cuba sediakan apa yang termampu. Aku berikan 4 buah buku.  Mengapa aku menganut Islam’ juga tidak terkecuali. Besar harapanku agar dia menghadam mutiara indah di dalamnya. Selang seminggu, semua itu dikembalikan. Aku terkejut. Tersenyum nipis.

‘Sudah siap baca kesemuanya?’


‘Sudah. Terima kasih kak. Hanya Allah yang mampu menyediakan syurga buat akak.’

Beberapa minggu/ bulan aku terima khabaran darinya. Akak saya sudah bertunang. Khabaran itu indah menyapa hatiku. Aku yakin, Allah sedang menghulurkan tali pertolongannya.

Tahniah adikku. Kau berjaya mendapat yang diimpikan. Wanita solehah dari pandangan mataku. Hari ini dia menikah. Tersenyum aku. Kenangan ini takkan ku lupakan. Kerana dari dia aku belajar apa itu hidayah. Apa itu kehidupan. Kau datang dan pergi. Semoga kau bahagia. Barakallahulakuma..

Percayalah, disaat kau memerlukan kekuatan untuk mencari apa itu agama, Allah pasti membantumu dengan menghantar orang untuk menguatkan langkahmu. Walau disaat itu engkau merasakan engkau sedang bersendiri meniti hari.

Posted in | 4 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.