Projek House of Quran : Jom Sertai ! (closed)


Dengan berdetaknya jantung ini, aku bersyukur
Dengan berselisihnya jiwa ini, aku bersyukur
Dengan berkelipnya mata indah ini, aku bersyukur

Dengan kurniaan islam ini, aku bersyukur
Dan dengan bernafasnya iman ini, aku bersyukur
Tanpa syukur, kau bukan siapa-siapa di mata Tuhan!



PROJEK HOUSE OF QURAN


PENGENALAN

Projek ini adalah projek menghafaz al Quran. Ianya dikelolakan secara teamwork untuk mereka  yang berminat untuk menghafaz al Quran. Sepertimana yang diketahui umum, al Quran adalah penyelamat jiwa dan jasad kita di dalam kubur kelak. Oleh itu berbekallah selagi termampu untuk mendalami al Quran sebelum masa yang diberi ditarik semula oleh Allah.


Projek ini hanya mensasarkan 10 orang peserta untuk menghafaz juzuk 30 sahaja. Ini ialah sebagai permulaan untuk memulakan langkah sebagai insan yang menjadikan al Quran sebagai best friend forever (bff) kita.


SASARAN PESERTA

10 orang sahaja

SASARAH SURAH : An-nas – an naba’ sahaja (sikit je :) )


SYARAT PENYERTAAN

  1. Bukan dari kalangan unit Pendidikan Islam / ada basic agama yang kuat
  2. Merupakan warga IPGKTAA
  3. Ikhlas untuk menghafal al Quran & yakin mampu untuk berbuat demikian
  4. Mampu memberi komitmen yang padu untuk menghadiri kelas  seperti dalam jadual
  5. Pandai membaca al Quran (projek HOQ membaca al Quran akan menyusul insyaallah )
  6. Digalakkan juga buat mereka yang mahu berubah kearah kebaikan 



KELEBIHAN
  1. Mempunyai perunding motivasi untuk meningkatkan hafalan (HOQ Team)
  2. Mempunyai rakan-rakan seperjuangan untuk meraih ‘peneman dialam kubur’
  3. Hanya mensasarkan juzuk 30 (dibimbing sepenuhnya)
  4. Jadual yang tidak padat dan bebas untuk menentukan corak hafalan masing-masing





Sincerely : House of Quran team :)

*latest news : PENYERTAAN SUDAH DITUTUP..

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Projek House of Quran : Jom Sertai ! (closed)

  1. nape stdnt bkn unit PAI xditawarkan penyertaan ni??

    ReplyDelete
  2. yang unit PAI x dibenarkan join.. :) ni projek target utk org biasa2 utk beri sokongan kpd dorang untuk mula mghafaz al Quran.. Pelajar PAI x dibenar sebab dah ada hafazan di semester tertentu..

    ReplyDelete
  3. subhanallah seronoknye... ^_^
    tak dapat nak join..
    sebab bukan warga IPGKTAA :(

    ReplyDelete
  4. kalau macam tu boleh create event mcm ni hehe..banyak pahala :D

    ReplyDelete

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.