Kiyai, seperti apa Islam itu?








Gerimis di kaki langit makin kuat menuruni denai-denai kota. Membawa bahang panas pergi lalu diganti dengan kesejukan. Tenang. Damai. Cantik juga. Umapama mutiara yang bertaburan dengan hebat. Bersinar. Daun hijau sesekali terusik dek kerana tujahan demi tujahan dari sang gerimis.

Dicelah-celah gerimis petang itu, aku nampak kelibat-kelibat manusia. Entah kemana mereka. Sibuk sekali gayanya.  Ada yang kesini dan kesana. Terdetik hatiku, sudah solatkah mereka? Satu-satunya perintah agung yang di berikan kepada nabi Muhammad pada malam Isra’ Mikraj itu sudah dilangsaikan atau belum. Tiada jawapan di hatiku. Sepi.

"Tok Kiai, emangnya seperti apa agama Islam itu? "

Kiyai Haji Ahmad Dahlan tersenyum. Diambilnya biola. Dimainkan. Sayu. Tenang. Sepi jadinya suasana.

Gemersik biola dibiarkan beralun indah. Matanya dipejam. Lagak seorang yang sedang tenggelam dalam zikir Illahi.

Terpana si penanya. Terus juga orang disekeliling. Lain yang diaju, lain pula yang dipulang. Pelik. Akhirnya mereka kalah. Alunan indah itu diuliti oleh semua. Ya, semua. Tiada yang terkecuali.

Selang beberapa detik, Haji Ahmad Dahlan akhirnya berhenti dari mengalun. Biola diletak di lantai. Tersenyum lembut. Dipandangnya anak-anak didik di hadapan.

"Nah, apa yang kau rasakan saat lagu itu kumainkan? "

Anak muda itu terpana. Mulutnya bergetar. Lalu menjawab,

"Aku... tenang pak kiai."

Haji Ahmad Dahlan mengangguk. Mengiyakan. Lalu menyusun kata-kata indah ini,

" Anak muda, seperti itulah islam. Islam ialah sebuah ketenangan.  kau akan berasa tenang saat berdampingan dengannya. Di getir ujian pun dirimu, kau tetap dalam ketenangan. "


Babak ini aku ambil dari filem Sang Pencerah. Ia kisah hebat. Kenapa hebat? Kerana sosok sandarannya juga dari kisah orang hebat, iaitu Kiyai Haji Ahmad Dahlan. Pengasas Muhammadiah di Indonesia. Di filemkan dari novel Sang Pencerah tulisan Akmal Nasery Basral. Novel sejarah ini mendapat pujian demi pujian dari pembaca. Sehingga akhirnya difilemkan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit.



“Novel ini sangat mendidik”, demikian tutur Dr. Abdul Mu’ti, sekretaris Majelis Dikdasmen PP Muhammadiyah dalam acara bedah buku sabtu (03/07/2010) di Kafe Jendelo Toko Buku Toga Mas Jl. Gejayan Yogyakarta. 





Orang-orang sibuk di celah-celah gerimis itu aku tinggalkan. Mutiara yang berjatuhan itu juga semakin lebat. Bingit bunyinya menenangkan suasana. Dan jika boleh aku terjemah apa itu Islam di sudut pandanganku, akan aku katakan. 

" Ya sayang, Islam itu tenang seperti sesudah hujan. Langit mendung berarak pergi lalu membawa awan cerah. Suasana panas bertukar menjadi sejuk. Di hujung kaki langit sana, ada si cantik yang menanti perhatian. Itulah sang pelangi! Subhanallah, "


Aku berbesar hati jika kalian sudi ke sini untuk keterangan lanjut. dan kesini untuk mendownload ceritanya. 


Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.